SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993

Monday, 8 October 2012

BRAILLE WATCH KHAS UNTUK SI BUTA

Adakah mata yang melihat?
Adakah telinga yang mendengar?
Jika mata yang melihat mengapa si buta yg punya mata juga tidak mampu melihat?
Jika telinga yang mendengar mengapa si pekak yg punya telinga juga tidak mampu mendengar? 

 Maka bukan mata yang melihat..
Bukan telinga yang mendengar..

 Sifat Basar lah yg melihat..
Sifat Sama' lah yg mendengar..
Dan semua adalah pinjaman sahaja..

 Begitu lah penerangan abg aku sewaktu aku bertanya bagai mana nk melihat
jika mata tertutup dan tidak memandang ke arah yg mahu di lihat..

 Jam khas brand ARSA untuk si buta ini begitu menarik hati aku..
Walhal si buta tidak dapat melihat pertukaran waktu siang dan malam..
Tetapi masa tetap penting baginya..

 Masih meneruskan hidup walau tanpa penglihatan.. 
Malah ada yg tak mahu di beri penglihatan kerana takut
jika di kembalikan maka lebih bnyk dosa yg boleh berlaku..
Dan pastinya mereka masih punya mata hati
yang memandu ke destinasi yg dituju walau tanpa melihat..

 Mengunakan movement ARSA 15jewel manual winding..
Si buta perlu adjust masa dahulu sebelum mengunci jam..
Aku selalu membayangkn mcm mana "owner" asal
jam ni guna jam ni suatu masa dulu..
Agak susah bg aku yg tak buta nk buat sbb terbiasa dgn nikmat penglihatan..

 Di dial jam ni kelihatan butir2 biji memandu pemilik jam
untuk menentukan jam berapa pada waktu itu..

 Aku sendiri mencuba.. Bukan mudah rupanya jadi si buta.. 
Sbb tu kita kena bersyukur setiap hari sbb setiap saat
tidak terkira nikmat yg kita terima..

Dan untuk zaman moden ini sudah ada jam quartz untuk si buta mentukan
masa.. Juga boleh keluarkan bunyi.. mungkin lebih mudah..
tetapi si buta tetap perlu meraba-raba untuk menentukan waktu sekarang..

SYUKUR!!!!      TQ ALLAH S.W.T
AKU MASIH MAMPU MELIHAT....
TIDAK TERHITUNG NIKMAT MU...

No comments:

Post a Comment