SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993

Thursday, 27 September 2012

DENGAN DALIL PENGEMBARA TIDAK AKAN SESAT RM480

Pencarian jam yg dibuat khas untuk muslim
oleh MONTE CARLO ni 
agak sukar pada waktu kemarau jam
swiss.. lepas raya jer smua blogger slow dan
kurang aktif.. Jadi terpaksa la aku
merentasi laut cina selatan demi sebuah jam..

 Lalu jam dalil berkompas di tengah ni berjaya masuk ke kotak hikmat..

Kesinambungan jam dalil ni ada pada casio path finder yg boleh cari
arah kiblat.. Tapi casio keluarkan jam digital guna battery..
yang ni guna mekanikal.. Point utama di tengah2 dial ada compass..

Di hujung jarum warna hitam ada tulisan arab..
Sekali dia tulis arab daaa...
maka setelah dirujuk pada yg pakar di tafsir dengan maksud
"Ka'bah yang mulia"

Dan di bawahnya pula tertulis "Dengan dalil si pengembara
tidak akan sesat" Ni ayat tag line dia kot.. Kata 
pentafsir bertauliah sambil meneropong jam aku.. Walau pn nmpk xnmpk
di usahakan juga demi sebuah persahabatan..hehe..

Dan mengikut OTAI2 jam swiss yg aku rujuk di blog dan internet..
cara menggunakan compas ni dengan melihat jarum merah pada
pukul 2.30 dan jarum hitam akan menunjuk pada arah kiblat..

Jam buatan tahun 80an ini kebanyakan yg aku jumpa dlm keadaan NOS
sbb xlaku.. Di kedai2 xramai orang beli.. Jadi untuk jumpa dgn full set ori
xjadi masalah..  

 Menurut orang dulu2 memang ada jam ni di pasaran malaysia
tapi sambutan dingin buat jam ni stop production..
Jadi bila dh stop barang pn jadi rare..
Xramai penternak jam ada simpan jam dalil ni..

 Jam dalil juga ada yg aku jumpa xde compass dkt tengah..
Pada aku jam dalil xde compass tak special..
kekuatan hang dalil terletak di hurul "Dal" nya..hehe

Terukir monte carlo di back case.. Waterproof untuk sekarang ni
dh x di guna pakai lg.. jam baru2 dh tukar istilah jadi water
resistance.. so boleh kenal dari situ..

Dan aku masih tercari2 jam dalil diver seperti yg di ceritakan sahabat
seperjuangan.. yang pasti harganya tidak sama dgn jam dalil dress..

1 comment: