SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993
Showing posts with label SEIKO. Show all posts
Showing posts with label SEIKO. Show all posts

Wednesday, 17 October 2012

SEIKO DIVER 150M 6309-7290 SOLD

Seiko diver ada mcm2 jenis..
design mcm ni antara yg aku kurang minat..
Masa jumpa jam ni aku ingat model 7002..
Bila aku belek2 dan bukak case back tgk movement..
Dia guna 6309..
Dek kerana teringatkan janda aku si turtle terus aku zassssss!!!
SOLD
 Case dia dgn turtle jauh skali..
Turtle lebih nmpk gemuk..

Yang ni marker pukul12 xde lambang turtle..
Yang ada cuma lambang kluang man jer..


 Jarum sama design dgn diver skx 007/ skx 009
Ada bulat dekat belakang jarum..

 Case back ada tulis 6309-7290
Logo ombak rindu tsunami tanda rasmi jam seiko diver..

 Jam ni baru sahaja di service pada 29/08/11.
Masa setelah di uji memang bagus.. Tak ada masalah dan tepat..

Ni dia movement 6309.. Harga mampu milik untuk jam seiko diver..
Kalau turtle harga dh tentu dua kali ganda..
Movement 6309 ni walau pun lama tetapi
lebih bagus dari 7S26 kata kawan aku..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

Friday, 28 September 2012

BIG BLUE YAMAHA GO!!!!!!! SOLD

Seiko Chrono sudah lama berada di pasaran..
model2 baru chrono banyak yang guna batery..
tetapi model chrono mekanikal lebih executive..
Seiko ni di gelarkan BIG BLUE..
SOLD
Memang jam ni besar.. sesuai dengan namanya..

 Warna biru sinonim dengan yamaha.. memang kena la kalau di pakai
dengan arai biru ni.. sedondong..hehe..

 Bezel tachymeter masuk dengan dial warna biru tua..

 Mungkin seiko dh boleh menggantikn Tissot T-Race dalam
pembuatan jam untuk Biker & Rider..

 Dua chrono di atas dan bawah menjadi titik tumpuan jam ni..
Motor GP pn dh xlama lg.. Tiket kena beli ni..hehe

 Lepas ni boleh la pg tgk motor GP pakai seiko BIG BLUE tanda sokongan pada yamaha..
Jam dua chrono ini mengunakan movement 6138..

 Case back asal big blue.. Malas aku nk bukak case back ni..
Tool semua tertinggal dkt kmpg masa raya bulan lepas..

 Selepas ni semua peminat Yamaha akan tergila2kn seiko big blue..hehe

Dan yang pastinya berakhir sudah pencarian si biru ini..
Lepas ni kena cari BIG OREN pulak..
Baru pertama kali lihat depan mata..
harganya??? Big oren Rare mcm ARAI GO!!! ni..
Lebih dari 1k.. Nk kena jual arai dulu baru boleh beli BIG OREN..HEHE

Saturday, 22 September 2012

SEIKO CHRONO 6139-8002 JENGKING SOLD

Seiko chrono Model tahun 80an ni mula menyepi
dan jarang keluar di muka media elektronik..
Tapi bg aku menyimpan apa yg orang xsimpan itu
satu keistimewaan.. Bak kata saing aku..
"Bare ore xsir jah boh"
Yang orang xnk tapi ada keindahan pada mata kita
 xsalah untuk dimiliki.. Hukumnya tidak HARAM..hehe
SOLD
Jam chrono ni mcm bermusim..
Kejap tengelam.. kejap timbul..
Kejap bnyk di pasaran.. kejap lg semua pn hilang.. 

 Tapi ada aku kesah? Bukan aku nk ikut orang.. 
Rasa ok.. rasa cantik.. Rasa suka..aku beli..

Walau sudah berusia tetapi sengatan bisa "Jengking" seiko chrono
ini masih mampu mengoyakkan poket aku..hehe

Jam di buat pada bulan Mei tahun 1983.. Betul kah? hehe..

 Lebih simple dgn 1chrono.. Bezel tachymeter di dlm cermin..

Kemas dan rapi di tangan aku..

Jika berminat sila sms 013-7570993

Wednesday, 29 August 2012

SEIKO MONSTER BLACK COATED RM1100 BNIB

Antara model seiko monster yg paling mahal dan lawa..
Special dan warna oren lebih menyerlah dgn backgound warna hitam..
Semua hitam.. Seperti ada misteri yg menyelubungi jam ni..

Di sebalik hitam yg gelap terserlah warna oren yg menyerlah..

Dial dan bezel sepadan sbb background hitam dan dial kuning..

Jika hour marker warna oren pasti nmpk lebih garang dan menyerlah..
Pendapat peribadi yg xkn dipedulikan oleh seiko..HEHE

yang ni baru MONSTER sebenar di hantar oleh jepun khas 
untuk menghancurkan poket aku..hehe

Agak2 warna hitam ni boleh hilang tak?
kalau aku memang syg nk pakai la tkt warna hitam tu tercalar or hilang..hehe

Crown pn hitam..Ni Man In Black pakai sesuai sgt..
Tambah pulak dgn cermin mata hitam..hehe

Nice.. jarum saat pun warna oren..

Pasti ramai yg termimpi2 nak di peluk oleh makhluk hitam ni..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

Monday, 27 August 2012

SEIKO MONSTER DRACULA RM810 BNIB

Raksasa dari jepun ini pernah mengegarkn
semua peminat jam penyelam laut dalam..
Kini model baru dgn design yg berbeza
dan di jana oleh movement yg lebih
power supaya dapat terus menganas di bumi malaya..
 Di gelar seiko drakula kerana gigi berdarah di setiap hour marker..

 Runcing dan tajam di setiap penjuru menangkap mata yg melihat..

 Bezel brush finishing..

 Kemas di tangan.. MERAH Menarik perhatian..

Jika di suruh pilih bullet dan monster dracula ni.. 
Pastinya monster ni lebih mengancam pada aku.. Fuhhhhhh...

Jika berminat sila SMS 013-7570993

SEIKO SUPERIOR STARGATE RM970 BNIB

Antara jam diver yg boleh di simpan..
Model yg semakin susut di pasaran..
Nama stargate ni diambil dari bezel jam ni..
Bila diperhatikan btl2..
kelihatan "pintu ke alam lain" mcm citer stargate..

Istimewa jam diver ni selalu kemas di tgn..
Bukan hanya di laut malah juga di darat..

Ini dia stargate yg akan bawa anda ke "Dunia Jam"
Dunia yg penuh seni.. hanya yg memahami akan mengerti..

 Bezel seperti UFO.. Cermin kelihatan lebih tinggi dari bezel..
 
Di jana oleh movement 7S36

Ada getah merah dkt crown.. Nmpk lebih cantik dan mungkin lebih grip..

untuk model ni jarum minit di warna kan merah.. lebih garang..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

Monday, 13 August 2012

SEIKOR LEMBU TANDUK TIGA LAUK BERBUKA PUASA... SOLD

Bagi peminat seiko chronograph vintage.. BULL HEAD sudah
menjadi menu utama dalam hidangan harian..
Menikmati keindahan Seiko ini sudah membuat aku kenyang..
Tak perlu masak rendang atau kari.. 
Jam ni sudah 'sedap' di pandang...
Dari setiap sudut tetap menarik dan nmpk seperti
lembu GEMUK yg di bela sebaiknya..
SOLD
 Nampak GAGAH!!

Dua biji MATA lembu yg BESAR...

 Sekali dia tulis ARAB da.. Alif... Lam... AHAD!!

Bezel TACHYMETER yang masih ori.. 

Susuk tubuh Chubby yg mengiurkn..

Lembu tanduk 3 dari jepun ini ada saudara iaitu WEHRLE dari german..

Sama2 ada 3tanduk.. Baka yg sama kotttt..

 Walau bukan bracelet asal tapi yang ni pn nmpk ngam..

Lembu di pegang pada tali, manusia di pegang pada janji...

Di jangka kan harga lembu tanduk 3 ini akan terus naik mendadak
akibat permintaan yg meningkat pada hari2 perayaan dan akibat
kepupusan disebabkan pemburu haram yg menyimpan xmau keluar
dari peti sampai mati di wariskan pada anak dan isteri2..
Sekian sampai di sini..
Jika berminat sms saya pada nmbr ini
013-7570993
SOLD