SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993
Showing posts with label ### SOLD. Show all posts
Showing posts with label ### SOLD. Show all posts

Friday, 19 October 2012

RADO VOYAGER SOLD

Antara baki rado yg masih ada dlm simpanan..
dok letak dalam kotak lama sangat sampai
jam pn xjalan dh..
Terpaksa la aku hantar pergi service..
SOLD
 Ni gmbr masa berhenti dkt RnR Alor Gajah
Jam ni dkt bezel dia ada crack mcm dalam gambar dekat pkl6
Jam size besar 36mm w/o crown..

 Case back asal ada sign rado..
Jam klasik ada calar2 halus tu adat la..huhu

Movement Rado guna ETA.. Ada sign rado dkt rotor dia..

Baru je di service pada 03.10.12
Jadi xde masalah dh dgn timing.. Running smua bagus..
Tinggal beli dan pakai terus..

Jika berminat sila SMS 013-7570993

Wednesday, 17 October 2012

SEIKO DIVER 150M 6309-7290 SOLD

Seiko diver ada mcm2 jenis..
design mcm ni antara yg aku kurang minat..
Masa jumpa jam ni aku ingat model 7002..
Bila aku belek2 dan bukak case back tgk movement..
Dia guna 6309..
Dek kerana teringatkan janda aku si turtle terus aku zassssss!!!
SOLD
 Case dia dgn turtle jauh skali..
Turtle lebih nmpk gemuk..

Yang ni marker pukul12 xde lambang turtle..
Yang ada cuma lambang kluang man jer..


 Jarum sama design dgn diver skx 007/ skx 009
Ada bulat dekat belakang jarum..

 Case back ada tulis 6309-7290
Logo ombak rindu tsunami tanda rasmi jam seiko diver..

 Jam ni baru sahaja di service pada 29/08/11.
Masa setelah di uji memang bagus.. Tak ada masalah dan tepat..

Ni dia movement 6309.. Harga mampu milik untuk jam seiko diver..
Kalau turtle harga dh tentu dua kali ganda..
Movement 6309 ni walau pun lama tetapi
lebih bagus dari 7S26 kata kawan aku..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

Sunday, 30 September 2012

KOTAK JAM 12 SLOT SOLD

Bila jam banyak aku beli yg besar..
bila jam sikit aku beli kotak jam yg kecik..
tapi koleksi aku turun naik..
jadi kotak pn xboleh nk
ikut nafsu aku dalam membeli jam..
Bila kotak 12 slot ni dh xdapat 
menampung kapasiti jam..
maka aku nk jual dgn used condition..
SOLD
 Barang ok lg..

 Kunci xpernah guna pn dari beli..

Boleh masuk 12biji jam.. Atas ada cermin..
Ada 2biji bnda yg sama.. lepas ni upgrade kotak jam kapasiti besar sikit..

Jika berminat SMS 013-7570993

Friday, 28 September 2012

BIG BLUE YAMAHA GO!!!!!!! SOLD

Seiko Chrono sudah lama berada di pasaran..
model2 baru chrono banyak yang guna batery..
tetapi model chrono mekanikal lebih executive..
Seiko ni di gelarkan BIG BLUE..
SOLD
Memang jam ni besar.. sesuai dengan namanya..

 Warna biru sinonim dengan yamaha.. memang kena la kalau di pakai
dengan arai biru ni.. sedondong..hehe..

 Bezel tachymeter masuk dengan dial warna biru tua..

 Mungkin seiko dh boleh menggantikn Tissot T-Race dalam
pembuatan jam untuk Biker & Rider..

 Dua chrono di atas dan bawah menjadi titik tumpuan jam ni..
Motor GP pn dh xlama lg.. Tiket kena beli ni..hehe

 Lepas ni boleh la pg tgk motor GP pakai seiko BIG BLUE tanda sokongan pada yamaha..
Jam dua chrono ini mengunakan movement 6138..

 Case back asal big blue.. Malas aku nk bukak case back ni..
Tool semua tertinggal dkt kmpg masa raya bulan lepas..

 Selepas ni semua peminat Yamaha akan tergila2kn seiko big blue..hehe

Dan yang pastinya berakhir sudah pencarian si biru ini..
Lepas ni kena cari BIG OREN pulak..
Baru pertama kali lihat depan mata..
harganya??? Big oren Rare mcm ARAI GO!!! ni..
Lebih dari 1k.. Nk kena jual arai dulu baru boleh beli BIG OREN..HEHE

Saturday, 22 September 2012

FORTIS TUXEDO II SOLD

Jam Klasik yg nmpk usang tu biasa..
Tapi jam klasik yg nmpk baru tu luar biasa..
Dari pengamatan aku jam ni memang dh banyak
berjasa kepada tuan dia..
SOLD
 Ni kali pertama aku jumpa FORTIS TUXEDO II..
search di internet pn xbnyk aku jumpa jam ni..
Mungkin kurang di minati.. Lalu jadi rare..hehe

 Marker 6&12 timbul.. Nmpk menonjol.. Dial asal tidak repain..

 Cermin kesan beater dan faktor usia.. Masih adakah cermin 
design jam ni.. Kalau dapat tukar cermin jam ni akan kelihatan lebih "Muda"

 Case back asal Fortis Tuxedo dan buka guna 4 skru.. 

 Sepatutnya Fortis ni dipadankan dgn TUXEDO baru masuk..
Tapi sbb aku xde TUXEDO maka kemeja pn jadi la...hehe

Begitu mudah menyelinap ke dalam baju.. Itulah kelebihan jam dress
yang sesuai di pakai dgn kemeja.. Fortis TUXEDO ni dicipta
dengan sifat malu dan mudah menyusup di baju anda sewaktu ia malu...

Jika berminat sila SMS 013-7570993

SEIKO CHRONO 6139-8002 JENGKING SOLD

Seiko chrono Model tahun 80an ni mula menyepi
dan jarang keluar di muka media elektronik..
Tapi bg aku menyimpan apa yg orang xsimpan itu
satu keistimewaan.. Bak kata saing aku..
"Bare ore xsir jah boh"
Yang orang xnk tapi ada keindahan pada mata kita
 xsalah untuk dimiliki.. Hukumnya tidak HARAM..hehe
SOLD
Jam chrono ni mcm bermusim..
Kejap tengelam.. kejap timbul..
Kejap bnyk di pasaran.. kejap lg semua pn hilang.. 

 Tapi ada aku kesah? Bukan aku nk ikut orang.. 
Rasa ok.. rasa cantik.. Rasa suka..aku beli..

Walau sudah berusia tetapi sengatan bisa "Jengking" seiko chrono
ini masih mampu mengoyakkan poket aku..hehe

Jam di buat pada bulan Mei tahun 1983.. Betul kah? hehe..

 Lebih simple dgn 1chrono.. Bezel tachymeter di dlm cermin..

Kemas dan rapi di tangan aku..

Jika berminat sila sms 013-7570993

TITONI HAND WINDING SOLD

TITONI masih banyak dalam koleksi aku..
Jadi aku kena kurangkan sikit supaya 
xla berat beg jam yg aku selalu bwk..
Di usung ke hulu ke hilir..
Kadang2 sampai lenguh2 bahu..
SOLD
Maka setelah di undi titoni ini menjadi mangsa..
Dial bunga kuning dan body emas plated 20micron ni tampak mewah
pada zamannya.. 
Design jarum tajam seperti terhapus sekarang.. 
Menjadi kegilaan bg peminat vintage..

 Sampai sudah masanya berkongsi kegembiraan untuk orang
lain memiliki jam ini.. Bagi peminat jam seperti aku.. Aku pasti memiliki jam tangan "baru beli" yang vintage itu satu kegembiraan.. Aku sendiri merindui perasaan menunggu posmen datang menghantar 
bungkusan.. Perasaan yg sukar nk digambarkan..HAHAHA..

 Batu "zamrud hijau" yg terletak di dial menjadi tumpuan mata kasar..
Tapi dari mata halus keindahan jam ini hanya dapat dilihat oleh hati..
Ada orang pernah bertanya "buat apa di kumpul jam buruk ni, beli je yg baru"
Adakah yg baru sama seperti yg lama??? Pastinya TIDAK!!

 Jam kunci ni masih menjadi kesayangan aku..
Mengunakan Movement AS masih gagah bergerak walau umur sudah tua..

Dan pastinya setiap jam yg aku simpan ada keindahan tersendiri..
Namun bila sampai masanya terpaksa di lepaskan juga..

Jika berminat sila SMS 013-7570993

Thursday, 13 September 2012

CYMA TRIPLEX SOLD

Pasti ramai yg pernah dgr ayat ni..
"Biar muka buruk asal hati baik"
Itu la yg aku nilaikan pada cyma ni...
Walau pun muka nmpk lusuh tapi movement masih berkilat..
HOLD/ BOOKED
 Dial berpatina sempurna... Jarum / hour marker cantik penuh seni dan nmpk klasik..

 Body sudah calar ..Kena gosok dgn kain hikmat baru naik seri...hehe

 Jarum sub di ganti dgn permata swiss.. Running masih lancar dan tepat..

 Case back ori cyma ada sign..

 Ini la dia "hati" yg baik dan cantik...

Masih berkilat dan ada sign CYMA..

Jika berminat sila SMS 013-7570993

TISSOT SQUARE SOLD

Pembelian Tissot ni berlaku dengan tiba2..
Bila di pegang2 jam tu gk balik ke tangan..
Dial hitam yg simple dan case yg besar..
SOLD
 Cukup simple pada mata aku..

 Crown asal tissot..

 Case back tidak bertanda.. Mungkin engrave di dalam..

 keseluruhan jam ni masih cantik..

 Model ni guna movement kunci..Running pn bgs..

Kemas di tangan aku..