SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993

Tuesday, 31 July 2012

DOXA YANG PUTIH

DOXA...
Sering di kait kan dengan dosa..
Walau pun jam tangan ini tidak berdosa..
Kerana ia masih putih seperti bayi yg baru lahir..
Bayi comel ini putih melepak dan suci...

Dgn Size 36mm cukup menarik memeluk pergelangan tanggan aku..

Senyuman manis bayi ini menarik hati aku untuk menyayanginya..

Tanda lahir pada bayi ini jelas timbul di mukanya.. DOXA automatic..

Dan saat bayi ini bergerak aku terkesima...

Memiliki tangan yg ramping dan bengkok di hujungnya..

Badan bayi ini dari Stainless Steel.. Semakin di usap semakin berkilat..

Dan di belakang badan bayi ini tersurat sejarah penciptaannya..

Masih berkhidmat demi manusia..
Sebagai alat penunjuk masa..
Berbakti dengan sepenuh tenaga..
Itu lah dia bayi bernama DOXA..

Monday, 30 July 2012

LAWATAN KE ZOO MELAKA BERSAMA RATUSAN JAM TANGAN

Drive sejauh 150km ke MELAKA tidak menjadi 
masalah besar bagi seorang yg kerap
bermusafir macam aku..
Jadi setelah setel semua kerja.. gerak la sorang2 dlm pkl10.30.. 
sampai la dlm pkl12..
Tgk dkt MCD ramai mcm ada kenduri kesyukuran..
Rupanya geng JAM ni semua dh sampai..
 Mula la sesi berkenalan.. H4U yg lepas aku xjoint sbb ada urusan lain..

 Tu dia "lauk" penuh atas meja.. Sambil OTAI2 meneliti jam terpilih..

 Antara yg menarik hati aku.. Oufff... From Borneo to Melaka..

 Koleksi Ustaz yg aku suka tgk.. My taste...

 Dok kecek dia habaq ada kenangan..

 Tidak berjaya kerana masih di "sandarkan pada kenangannnnnn..." (jamal abdillah)

 Usha Otai punya MM... Compare dgn Sammy putih.. Huh.. Jauh lg nk tercapai..

 "SE EKOR pn sampai RM9000? Baik beli seekor lembu jantan boleh sembelih.."
Tapi tetap tidak sama bg peminat jam tgn..

 Ini pn koleksi Ouffff kolektor berjaya Sabahan.. "Buleh bah kalau kau mau.."

 Tu dia keronogerap.. 

 Nak jumpa Pilot ni susah ya amat sbb ramai dok simpan jer xmau kluarkn..
Aku mampu berdoa jer..huhu

 Cyma bumper.. Not for sale kata owner.. Oufffff... Menangis..

 Lapar la.. jom sahur dkt zubaidah MITC pulak..

 Masa ni 5.20am.. Siap mkn gerak blk..
Aku sampai rmh dkt 7.30am jugak la..

Sampai rumah aku "berzikir" dulu.. Dh berkilat jam2 aku tu aku renung dalam2..
Sambil terfikir sayang xsambar jam tadi..
Tapi hati kecil aku berkata "Xpa la.. kn dh ada samurai.."

Oh samurai.. Kau menjadi pelindungku di waktu kecemasan..
Berjaya melindungi ku dari racun2 berbisa..

Sunday, 29 July 2012

JAM DINDING 3 KUNCI JUNGHANS LAMA SOLD

Sebab dah ada dua jam JUNGHANS 3kunci..
Maka aku nk let go satu supaya aku dapat 
beli jam lain dan supaya orang lain
dapat berkongsi kegembiraan yg
aku rasa semasa memiliki jam ni..
SOLD
 Di buat dari kayu solid.. Berat mau pikul..hehe

 Model 3lubang ni chime setiap 15minit.. Merdu jer..

 Ni window untuk tgk movement dia.. masih yang asal.. Boleh buka..

 Junghans lama sign kecik..  Model baru sign besar..
Ada masa nanti aku masukkan dlm entry di blog..

 Body asal..

 Pengukur ladung.. Tapi jgn ikut sgt.. Kena try and error masa gantung..
maklum la jam dh lama.. Gantung jam pn kena ada skill...

Gong original yg ada sign..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993
Maaf tidak boleh pos.. Hanya boleh COD sahaja...

TITONI AIRMASTER 888 SOLD

Jam titoni ni special sbb day dan date tepisah..
Design yg cantik..Body SS yg berkilat kalau di gilap..
Jarang jumpa day and date mcm ni..
TITONI model Airmaster dial biru..

Date merah jam lama yang klasik...

Crown ori TITONI..

Back case asal TITONI Airmaster 888...

Movement ETA Automatic berfungsi dgn baik..

Size besar "men size" yg sesuai untuk semua lelaki..

Jika berminat sila sms 013-7570993

BULOVA PENGODA WAKTU BERPUASA SOLD

Sejak akhir2 ni aku agak kurang membeli jam..
sebulan sekali pn payah..
dulu hari2 aku beli..hahaha..
Ada yg bertanya kenapa senyap jer sekarang..
Poket koyak jadi kena la puasa.. Sumbat!!
Tu puasa terpaksa..
Tp di bulan ramadhan ni puasa itu WAJIB..
SOLD
Dalam pada berpuasa pn ada godaan yg terpaksa ditangkis.. Ditempuh dgn kesabaran..

 Godaan harga murah/ godaan keindahan seni/ godaan kenikmatan memilikinya
yang selalu gagal ditangkis..Selalu membuatkan puasa aku BATAL..

 Walau mata di pejam tetap dibayangi keindahan.. Tidur xbasah..
mandi xlena.. makan xboleh sbb puasa lg ni.. Arghhh!!

 Dan apabila MEMILIKI.. Keriangan seperti gadis di back case yg melompat
seperti budak2 dpt aiskrim...

 Ya.. Itu lah kenikmatan/kepuasan rasa memiliki..

 
Dan untuk makluman semua umat Islam yg berpuasa.. Makanan dlm gambar
di atas adalah palsu/batu yg keras untuk decoration sahaja.. 
Tak percaya? tgk FB ni ok..

SEIKO SAMURAI VS KERIS MELAYU

SAMURAI....
Senjata yang digunakan oleh pahlawan jepun..
ketajaman dan ketahanan pedang samurai
menjadi ciri2 utama..
Tetapi Keris Melayu tidak pernah tajam..
Sentiasa tumpul tetapi berbisa..
Walau tidak segagah dan semahal MM.. Namun sentiasa mengamit tumpuan..

Kepupusan samurai yg menjadi faktor lonjakan harga...

Sentiasa bersedia untuk bertarung di lautan luas..

Dial putih seakan2 bola golf.. Sangat cantik pada mata aku..

Ketajaman jarum samurai menjadikan tidur tidak lena walau di tilam empuk..

Hujung pedang samurai yg bertanda SE EKOR...

Back case di pahat lambang "ombak rindu"

Pasti akan membuat si pemilik rindu jika "terjual" samurai ini..

Badan gagah samurai perkasa ini selalu menjadi bualan ramai..

bentuk seakan kereta kebal yg unik membuatkan ia berbeza dari model diver yg lain..

Memilikinya menjadi idaman lelaki malaya..

Dan jika berlaku "kecemasan".. Samurai ini boleh di keluarkan untuk perlindungan..
Perlindungan dari racun2 lain..
Dengan ayat pasrah " xpela.. kn dh ada samurai.. yg lain xpyh la.."