SAYA SEORANG PEMINAT BARANG LAMA/ ANTIK/ VINTAGE/ RARE/ DAN SEMUA KOLEKSI YANG SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI PERIBADI SAYA YANG TELAH SAYA KUMPUL DAN SIMPAN DARI DAHULU...
SEMUA PENGUMPUL DAN PEMINAT YANG SEALIRAN DENGAN SAYA BOLEH LAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN..
SEMOGA KITA DAPAT BERKONGSI MENIKMATI KEINDAHAN/ KEGEMBIRAAN DENGAN MELIHAT KOLEKSI SAYA..
SELAIN ITU ADA JUGA KOLEKSI SAYA UNTUK DI JUAL.. DI LABEL "AVAILABLE" DAN JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TERATAKQKLASIK@GMAIL.COM ATAU HUBUNGI SAYA DI 013-7570993

Monday 29 October 2012

CITIZEN MICKEY MOUSE RM450 NEGO

Hari raya korban balik kampung bercuti 3hari..
highway plus penuh dgn manusia..
Nasib baik ada jam buat peneman diwaktu jalan jem..

Teknik bergambar bagi menghilangkan tention waktu jalan jem..
Di ajar oleh abang hassan bahari http://detikduabelas.blogspot.com/
Tapi jangan sampai dok leka bergambar sampai xperasan depan dh kosong..
mengelabah nk masuk gear nnt..haha

Jodoh untuk dipertemukan dgn citizen bertanduk ni..
Selalunya pada hari raya haji orang akan cari seiko bullhead..
Dh rezeki dapat citizen pn ok la..
Antara model chrono yg dah semakin lupus di makan zaman..

 Ada iras2 seiko bulhead gk..
Cuma yg ni aku rasa size dia kecik sikit..
Sebab tu kot lebih kepada mickey mouse dari bull head..hehe
Tikus xboleh sembelih la buat korban..
Tu pasal jual dkt sini..

 Case back asal citizen..
Jam lama ni mcm2 hal aku jumpa.. Pernah jumpa yg case back bukan asal pn ada..
Asam garam main jam klasik..hehe

Movement chrono auto 8110A masih cantik dan baik..

Selamat hari raya Aidil Adha.. 
Jika berminat dgn jam ni sila SMS 013-7570993

Friday 19 October 2012

RADO VOYAGER SOLD

Antara baki rado yg masih ada dlm simpanan..
dok letak dalam kotak lama sangat sampai
jam pn xjalan dh..
Terpaksa la aku hantar pergi service..
SOLD
 Ni gmbr masa berhenti dkt RnR Alor Gajah
Jam ni dkt bezel dia ada crack mcm dalam gambar dekat pkl6
Jam size besar 36mm w/o crown..

 Case back asal ada sign rado..
Jam klasik ada calar2 halus tu adat la..huhu

Movement Rado guna ETA.. Ada sign rado dkt rotor dia..

Baru je di service pada 03.10.12
Jadi xde masalah dh dgn timing.. Running smua bagus..
Tinggal beli dan pakai terus..

Jika berminat sila SMS 013-7570993

Wednesday 17 October 2012

SEIKO DIVER 150M 6309-7290 SOLD

Seiko diver ada mcm2 jenis..
design mcm ni antara yg aku kurang minat..
Masa jumpa jam ni aku ingat model 7002..
Bila aku belek2 dan bukak case back tgk movement..
Dia guna 6309..
Dek kerana teringatkan janda aku si turtle terus aku zassssss!!!
SOLD
 Case dia dgn turtle jauh skali..
Turtle lebih nmpk gemuk..

Yang ni marker pukul12 xde lambang turtle..
Yang ada cuma lambang kluang man jer..


 Jarum sama design dgn diver skx 007/ skx 009
Ada bulat dekat belakang jarum..

 Case back ada tulis 6309-7290
Logo ombak rindu tsunami tanda rasmi jam seiko diver..

 Jam ni baru sahaja di service pada 29/08/11.
Masa setelah di uji memang bagus.. Tak ada masalah dan tepat..

Ni dia movement 6309.. Harga mampu milik untuk jam seiko diver..
Kalau turtle harga dh tentu dua kali ganda..
Movement 6309 ni walau pun lama tetapi
lebih bagus dari 7S26 kata kawan aku..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

WEST END SOWAN ROLEX STYLE RM480

"Abg pakai rolex ape ni?"
Begitu la soalan newbie yg kedengaran..
kalau otai sekilas jam di tgn siap boleh tau pakai movement ape..
xpayah belek..
Maka aku yg newbie juga ni pn jawap la..
"Ni jam biasa2 jer.. West End Sowan.."
Berbunga juga hati.. Tapi bertambah duka sbb aku
xmampu nk beli rolex..
sabar jer laa...

Perwatakan yg serupa dgn rolex menarik hati aku..
Di tambah pula dgn batu swiss sebagai marker..
kalau rolex dia xpakai batu swiss..
Pakai berlian/Diamon terus.. Sbb tu mahal..

 Jam ni antara homage rolex yg hampir..
Sekarang kalau buat homage mcm ni rolex akan saman sbb
dia dah patent design mcm ni sebagai hak milik rolex sahaja..

 Design day di jam 12 dan date di jam 3..
Kalau titoni cosmoking dh jadi rebutan ramai..
Titoni cosmoking model tahun 2000 pn dh xde bezel rolex ni..

 Crown asal bertanda W... Dh agak pudar akibat
selalu di gentel owner sewaktu adjust masa jam..

 Size jam ni 36mm tetapi kelihatan besar pada tgn aku..

 Date loop masih ada pada cermin asal.. aku suka jam ni sbb masih bersih
dialnya.. Maklum la product tahun 80an jadi xde patina lg..

 Case back asal west end sowan..
Masih cantik berkilat...

 Mengunakan movement ETA 2834-2

Jam ni baru sahaja aku service pada 28/08/12.. jadi tak de masalah timing..
Running semua bagus.. Jam accurate..

Jika berminat sila SMS ke 013-7570993

Tuesday 9 October 2012

JAM UNTUK DI LELONG JUAL HARGA RUGI.....NETT PRICE..

Ni semua koleksi sendiri jual bawah harga modal..TQ

TITONI AIRMASTER 30JEWEL RM300  OFFER SOLD

TITONI COSMO 99 36000 HI BEAT RM450  OFFER SOLD

TITONI COSMO 88 RARE RM350 OFFER SOLD

TITUS MATIC NICE DIAL RM380 OFFER RM280!!

FAVRE-LUEBA SEA RIDER 36000 HI-BEAT RM450 OFFER RM300!!

SEIKO 6138-0030 BIG BLUE RM680 OFFER SOLD

SEIKO TURTLE 6309-7040 RM680 OFFER SOLD

TITONI MANUAL WINDING RM300 OFFER SOLD

HAMILTON SUB SECOND RM480 OFFER RM390!!

OMEGA SEAMASTER SQUARE SIZE BESAR RM900 OFFER RM750!!

JIKA BERMINAT SILA SMS 013-7570993

Monday 8 October 2012

BRAILLE WATCH KHAS UNTUK SI BUTA

Adakah mata yang melihat?
Adakah telinga yang mendengar?
Jika mata yang melihat mengapa si buta yg punya mata juga tidak mampu melihat?
Jika telinga yang mendengar mengapa si pekak yg punya telinga juga tidak mampu mendengar? 

 Maka bukan mata yang melihat..
Bukan telinga yang mendengar..

 Sifat Basar lah yg melihat..
Sifat Sama' lah yg mendengar..
Dan semua adalah pinjaman sahaja..

 Begitu lah penerangan abg aku sewaktu aku bertanya bagai mana nk melihat
jika mata tertutup dan tidak memandang ke arah yg mahu di lihat..

 Jam khas brand ARSA untuk si buta ini begitu menarik hati aku..
Walhal si buta tidak dapat melihat pertukaran waktu siang dan malam..
Tetapi masa tetap penting baginya..

 Masih meneruskan hidup walau tanpa penglihatan.. 
Malah ada yg tak mahu di beri penglihatan kerana takut
jika di kembalikan maka lebih bnyk dosa yg boleh berlaku..
Dan pastinya mereka masih punya mata hati
yang memandu ke destinasi yg dituju walau tanpa melihat..

 Mengunakan movement ARSA 15jewel manual winding..
Si buta perlu adjust masa dahulu sebelum mengunci jam..
Aku selalu membayangkn mcm mana "owner" asal
jam ni guna jam ni suatu masa dulu..
Agak susah bg aku yg tak buta nk buat sbb terbiasa dgn nikmat penglihatan..

 Di dial jam ni kelihatan butir2 biji memandu pemilik jam
untuk menentukan jam berapa pada waktu itu..

 Aku sendiri mencuba.. Bukan mudah rupanya jadi si buta.. 
Sbb tu kita kena bersyukur setiap hari sbb setiap saat
tidak terkira nikmat yg kita terima..

Dan untuk zaman moden ini sudah ada jam quartz untuk si buta mentukan
masa.. Juga boleh keluarkan bunyi.. mungkin lebih mudah..
tetapi si buta tetap perlu meraba-raba untuk menentukan waktu sekarang..

SYUKUR!!!!      TQ ALLAH S.W.T
AKU MASIH MAMPU MELIHAT....
TIDAK TERHITUNG NIKMAT MU...

Friday 5 October 2012

OMEGA BUMPER CAL 342 HAMMER DALAM JAM

Omega BUMPER memang menjadi buruan
para penternak jam tangan klasik..
Termasuk aku sendiri..
Movement bumper mampu 
mengoyangkan iman dan wallet aku..haha

 OMEGA.. Salah satu jenama yang termasuk dalam
list pemburuan jam idaman aku..
(List tu panjang lagi dan sentiasa bertambah)

 Akhirnya aku buat keputusan BUMPER ni mesti di sambar dulu..

 Jam yang ada subsecond selalu dikaitkan dengan jam manual..
Tp tidak semua jam ada sub second adalah manual winding..

 Jam OMEGA BUMPER ni yang ada sub second 
adalah jam automatic.. 

 Case back Omega Bumper ni.. Nmpk mahal dgn kilauan sirip ikan..hehe

 Ini lah dia tukul besi yang aku maksudkan 
(HAMMER ni berfungsi sebagai rotor)
Jam ni hanya boleh berpusing 130 darjah berbeza dengan rotor biasa yg boleh berpusing 360 darjah..
Bila di pakai pada tgn boleh rasa BUMPER tu berpusing lalu mengetuk dan
spring akan menyambut dengan lembut..
dong-dong-dong.. Feel dia xleh nk cerita dalam ni..
Kena pakai sendiri baru tau..HAHAHAHA...


 Movement BUMPER ni adalah movement terawal OMEGA dalam menghasilkan jam automatic..
Menurut OTAI2 dunia jam.. Omega BUMPER selalunya mengunakan cal 33X / 34X/ 35X..
Dan untuk jam aku adalah cal 342..

Menambah seri lagi jam ini dihiasi gelung emas atau di panggil gold top..
Part ni aku suka lap guna kain.. Semakin di gosok semakin kilat..
Ouf Menangis..

   Crown masih asal omega dan tali serta buckle telah di tukar dgn omega
after market bagi menambah seri jam ni.. Ok la cantik gk aku tgk..
Tali asal pn mungkin dh reput.. berapa tahun jam ni hidup bro...

Dan tangkapan ini adalah permulaan..
Katakan tidak pada PENCEN!!